Followers

AKU, DUA BIJI TELUR DAN MAMAK

Sekitar pukul 4.00 ptg, tatkala awan nano berarak mendung kelabu..dan aku baru sahaja selesai memerah otak menjawab soalan paper dairy animal sains..kaki ku melangkah keluar dewan peperiksaan dengan senyuman seindah suria sambil menelan air liur n tawakal diri kepada ALLAH...

dari kejauhan lebih kurang 8 hingga 9 meter dari aku terdengar suara orang menjerit nama aku..perghhh famous sangat ke aku keluar-keluar je dari dewan terus ade orang panggil nama..nak minta sign aku lah tu..mentah-mentah aku hot kat kelas tu, nk interview aku lah tu..(sambil memandang belakang)

KUDA KU LARI GAGAH BERANI...

hari ni aku tak nak buang masa banyak-banyak kat depan laptop..nak buang masa sikit-sikit je.
huhu pesan mak aku..fitri ko kene belajar betul-betul, jangan nk menghadap laptop je kalau result ko hancus, takut biasiswa kene tarik..mak n ayah takde duit nak bayar nk tanggung pembelajaran ko..
aku dengan soleh nyer menjawab: baiklah mak..(sambil mangangguk n mengaru-garu kepala)
mak tersenyum lega melihatkan anaknyer yang sememangnyer dengar cakap

hahahha...so arini aku akan guna kan blog ni sehabis baik untuk belajaq..baru ade semangat sikit nak belajaq..


adoiyaiiii minggu ni pening sikit coz banyak assignment yang kene buat..lepas tu hari rabu, khamis,jumaat ade test yang direct ikut turn..ape orang university ni ingat aku ni keje nak menjawab exam je ke..kadang2 nak termuntah aku asyik menghadap nota yang berlambak kat atas meja..tensi..tensi..tapi tak pe dgn ade nyer blog ni aku akan memuntahkan semuanya dlm entri kali ni

siapa tak kenal Mr. Bean..angkat tangan macam saya

sape tak kenal dengan pelawak antarabangsa ini..Mr.Bean atau dalam bahasa melayunyer kita panggil En. Kacang..dalam setiap filem-filem komedi yang dilakonkan si kacang ni pasti buat penontonnya sampai tak kering gusi dek kerana lawaknya yang macam mengonggg tu..hahaha..

teringat dulu aku tengok filem terbaru Mr. Bean..JOHNNY ENGLISH REBORN..punyer lah lawak sampai aku tergelak nak pecah perut dalam pawagam..memang terbaikkkk lah En. Kacang ni..

korang tahu tak walaupun En.Kacang a.k.a Mr. Bean seorang yang berpewatakan lurus bendul dan kadang-kadang lawaknyer terencat akal..sedar atau tak sedar beliau adalah orang yang terkaya di britain dan keluarganya menjadi idaman keluarga-keluarga lain di britain..ye lah orang kaya..kalau nampak bodoh pun orang mengaku saudara kan..heheheh..so hari ni fit nak kongsikan sikit tentang Mr.Bean.

PELIK TAPI BENAR

manusia semakin pelik..hakikatnye ia adalah satu fenomena yg benar-benar berlaku..hari ni fit nak kongsikan kepada semua betapa ke'pelikan' seseorang individu itu telah menobatkan mereka mempunyai keunikan tersendiri sehingga mereka mendapat tempat di catatan book Guiness of  World Record. lets check it out..

01

huhuhu..grrrrr..seram tak..kalau tiba2 wanita ni muncul dengan rambut nyer panjang macam mayang mengurai ni depan you all waktu2 malam yg sunyi..  sure..mahu terkencing-kencing you all lari selamatkan diri..u all jangan takut sebenarnya si rambut panjang ala2 repunzel ni namanyer Cina Pu berasal dari Daerah Kursi Lipu..difahamkan beliau telah menyimpan rambut sehingga 3.869 m panjangnyer..

mak datukk panjang gilaaa..kalau kutu hinggap ni memang jadi istana mereka lah..so pada kutu-kutu jalanan beware kalau jumpa orang macam ni jadikan lah mereka kawan..heeheheh..

02

yang ni pula misainya adalah terpanjang didunia..tak ke pelik bila misai org malaysia yang paling panjang yang aku pernah tengok ialah watak sarjan misai  dalam cerita roda-roda KL..maybe ade yg panjang lagi tapi yang ni panjangnyer..boleh buat tali..seperti yang dicatatkan dlm buku book Guiness of World Record, panjang janggut uncle yg berasal dr barat India ni ialah 3.75 meter dan kini umur uncle 68 tahun..bagi pak misai semua boleh lah dpt kan tips maintenance misai dari uncle ni..

03

tengok ajelah kukunyer..macamne lah nenek ni nak buat kerja2 rumah..buat kerja2 rumah tak pe lagi mungkin ade pembantu rumah..tapi terfikir tak camne lah nenek ni nak uruskan dirinyer dengan kuku yang panjang.. hantu pun kuku tak panjang cam ni.. huhu manusia..manusia.. hantu pun lari kalau tengok nenek ni..hahahaha..

04

uncle yang ni plak mempunyai hidung yang mancung.. kalau sangkut hanger baju pun boleh.. anyway ini semula jadi tau kurniaan tuhan..tiada sebarang pembedahan botox atau yang sewaktu dengannyer.. ni baru betul hidung mancung pipi tak tersorong sorong..hehehe

05

kalau tadi hidung termancung... ni hidung ala2 pinochio..  panjang nyer lebih kurang 14 cm panjang.. atok ni berasal dari turki dan berumur 80 tahun.. hidung ni panjang bukan kerana atok ni kaki kelentong macam cerita pinochio tu tapi memang semulajadi panjang.. dan keunikan ini lah telah menyebabkan pakcik ni tersenarai dalam buku rekod dunia hidung paling panjang di dunia

06

kata orang kalau tertengok aurat perempuan dengan tak sengaja takpe.. maka selepas tu tundukkan lah pandangan.. masalahnyer ade pula lelaki yang tak nak lepas peluang pandangan kali pertama terpandang perempuan yg menjolok mata bagai nk terbeliak biji mata macam auntie Kim Goddman yg berasal dari Los Angeles, California ni.. mata nyer boleh tersembul sebesar bola pingpong.. huhu seram gak lah kalau auntie ni tiba2 marahkan anaknyer sambil menjegil mata seksinyer itu.. heehehe

p/s: walau apapun manusia-manusia diatas telah mencipta rekod dunia menjadi manusia yang terpelik dan unik..jadi kalau sape2 yg rasa nak tersenarai dalam entry blog fit..hantarkan lah nama kat book GUINESS OF WORLD RECORD..sebagai orang yang pelik n unik..hahaaha..

I LOVE MY LECTURER

Hari ni hari jumaat bersamaan 28/10/2011..huhuhu lagi dua hari kuliah nak start..dikesempatan ini fit nak mengucapkan happy deepavali  to all bloggers yg menyambut perayaan Deepavali....semoga tahun ini memberi cahaya keindahan dihari yang penuh bermakna buat penganut-penganut beragama hindu..

oleh sebab kuliah dah nak start..entry kali ni fitri nak cerita lah sikit tentang tips untuk kekal cemerlang dalam hidup bergelar seorang pelajar..fit taknak lah cerita pasal teknik-teknik belajar yang basic2..fit rasa kalau korang pergi cerama motivasi pun mereka dah selalu ceritakan..cuma fitri ingin menarik perhatian semua betapa hari ini budaya hormat menghormati terhadap lecturer semakin terhakis dikalangan pelajaR



Dah terang lagi bersuluh..sebagai seorang pelajar kita tak dapat lari berhadapan dengan ujian atau peperiksaan yang menentukan CGPA kita..ade orang struggle gila-gila nak dapatkan result yang terbaik tapi at the end of the day result tak berbaloi dengan usaha mereka..fit pun bukan lah pelajar yang cemerlang..tapi fit ade sedikit pengalaman yang ingin dikongsikan bersama buat mereka yang bergelar pelajar..

"kejayaan masa depan kita bukan terletak pada segulung ijazah tetapi terletak pada attitude kita"

nak jadi pelajar yang cemerlang bukannya mudah..yang paling penting perbetulkan niat kita..belajar ini sebenarnyer bukan untuk exam je..ramai orang boleh skor tinggi dalam exam tapi mereka buat semata-semata untuk exam sahaja..lepas habis je exam..nota yang mereka baca mereka dah lupa..ilmu yang mereka belajar tak di amalkan..thats why bila tanya balik ade yang termanggu kerana lupa apa yang mereka belajar..

bila kita nak belajar...kita kene pasangkan niat belajar semata-mata kerana ALLAH..lagipun ilmu ini cuma pinjaman sahaja..bila-bila tuhan boleh tarik balik..yang penting biar kita belajar sedikit tetapi kita amalkan..pembelajaran yang berterusan ini lagi bagus daripada kita struggle bagai nak gila..tapi kita lupa selepas exam.

but today..apa yang fit nak fokuskan dalam entry kali ini ialah tentang hubungan kita dengan pensyarah..bagi siapa yang tingal full time kat kawasan kampus dan berjauhan dengan ibu bapa, sebenarnyer pensyarahlah orang tua kita selepas ibu bapa kita..jadi rajin-rajinlah berjumpa dengan pensyarah. bagi fit, seorang pelajar bijak pandai  mereka selalunya akan banyak mendapatkan input dari pensyarahnya..kerana dia tahu pensyarah adalah orang yang pakar dan berpengalaman dalam subjek yang diajarkan..
melalui hubungan baik ni..pelajar selalunya akan cepat masak dengan perangai pensyarah..mereka akan tahu apa kehendak pensyarah bila menjawab soalan dan  bagaimana permarkahan soalan..ada juga antara mereka yang menjadikan pensyarah sebagai idola mereka..dari situ mereka akan cuba merangsang pemikiran mereka untuk bertanyakan soalan-soalan dan menunjukkan minat terhadap subjek yang diajari oleh pensyarah..ada yang siap mencabar diri mereka untuk bersaing dengan pensyarah nya..terutamanya bila diberikan tugasan..


so ini nasihat ikhlas dari saya..hehehe.. warning buat mereka yang kaki kipas..huhuhu..jangan jumpa pensyarah hanya untuk bertanyakan tips soalan peperiksaan sahaja..atau untuk meng "upgrade markah" sahaja..keraplah berjumpa pensyarah untuk bertanyakan soalan dan berkongsi pendapat..anggap sahaja pensyarah sebagai orang tua kita. Bila kita tak meletakkan jurang kita dengan pensyarah kita, sudah pasti kita akan lebih selesa menerima teguran atau nasihat pensyarah

the most important thing!!!!  jangan ade perasaan benci pada pensyarah..perkara ini selalu berlaku bila ade yang suka mengumpat pensyarah..lagi-lagi bila carry mark ciput gila..ade yang bengang and suka mengada-adakan cerita sehingga junior-junior lain pun termakan hasutan mereka and akan menyimpan perasaan benci pada pensyarah tersebut

sebenarnya seorang pelajar kena selalu bersikap positif..jangan terlalu down bila mendapat markah yang sedikit..balajar dari kesilapan lampau..cube tanya pada diri sendiri.. bila kita dapat markah sedikit berapa ramai antara kita yang akan berjumpa pensyarah dan menceritakan permasalahan kita..cuma kebanyakan dari kita melabelkan pensyarah ini kedekut lah..dah lah kedekut tahi hidung masin plak tu..huhuhu macam-macam kerenah pelajar zaman sekarang ni..
kalau fikir-fikir balik pelajar zaman dulu dan pelajar zaman sekarang banyak perbezaanya..betapa pelajar2 zaman dahulu menghormati pensyarah..mereka menganggap seolah-olah pensyarah macam ibu bapa mereka..tapi kini budaya itu tiada lagi..kadang-kadang pensyarah lalu tepi kita pun kita buat dont know je..so camnelah nak dapat keberkatan kalau kita takde perasaan hormat pada pensyarah..pastu mulut kita ni ringan je mengumpat@ mengutuk pensyarah je...ish ish ishh astaghfirullah al azim..

sebenarnyer..ehehem..ni nak buat pengakuan ni..sebenarnyer orang yang menulis ini pun tak pernah terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil dgn pensyarah juga..mengumpat mmg dah jadi asam garam saya dgn kawan-kawan saya..tapi sampai bila..dosa saya dengan pensyarah rasanya dah banyak dah..dah tak larat nak tanggung..so jangan jadi macam saya..ini adalah pengalaman saya bila saya melihatkan perbezaan ketara saya apabila mendapat result periksa bila saya menukar attitude saya ke arah yang lebih positive..kalau minda kita positif..peribadi kita juga akan positif..insyaALLAH..sekian..

p/s:- coretan ini ditulis untuk pedoman buat saya yang lemah ini dan diharapkan menjadi manfaat buat semua pembaca..mohon komen semua..kerana saya dahagakan komen-komen membina anda..assallamualaikum:)

HODOH BERFESYEN...IMEJ TERGADAI..

ape ke pelik tajuk entry aku kali ini..bukan ape baru-baru ni aku pergi shoppping kat mid velley..sekali ternampak lah minah free hair pakai baju rainbow-rainbow gitu..mesra alam sangat..pastu pakai klip rambut kat atas kepala dia..oh mak aiiiihhhh..besar gila klip bunga kat atas pala dia. kira bila dia berjalan bawa konsep go green lah or environmental friendly lah gamaknyer..tapi bagi aku kalau ye pun nak berfesyen tak payahlah nak serabutkan kepala yang memang dah serabut tu. di tempek kan bunga sebesar-besar mangkuk tu buat ape..buat kelakar je aku tengok..

kebetulan pula, semalam aku dating dengan cayangku..hehe terbukalah topik mangsa fesyen zaman sekarang ni..banyak lah yg kami bualkan..dari erspektif aku yang tak berapa reti berfesyen ni aku rasa mangsa-mangsa fesyen ni seolah-olah berhadapan dgn konflik dalam diri masing-masing..bagi cayang aku pula..mangsa fesyen ni berlambak je dalam dunia hari ini..al maklumlah dia juga pemilik butik so selalu juga lah berhadapan dengan customer yang ala-ala diva ni..

nak merungkaikan permasalahan ni aku highlightkan ciri-ciri mangsa fesyen melalui pemerhatian dan pembacaan aku:

  • mangsa fesyen ni pantang ade trend terbaru pasti akan mencubanya...mana yang dia suka dia pasti mencubanya tanpa mempertimbangkan bentuk susuk tubuhnya, warna kulitnya, tinggi ke rendah..katanyer mereka nak up to date..tapi sekali aku tengok dah macam expired date dah..hahah mana tak nyer kalau badan dia dah macam tong drum tapi pakai baju budak 12 tahun..hahaha ape kejadahnyer semua itu..cian lak aku tengok mereka bangga dengan fesyen sarung nangka nyer..


aiyoyo..cantik tak lemak nangka I..hahhaha kelas ko jah..hihihi
  • mangsa fesyen ni selalunya taksub dengan idola mereka..selalunya idola mereka dikalangan selebriti-selebriti terkenal..just imagine kalaulah masyarakat kita meletakkan lady gaga sebagai idola mereka..rasa nya bumi bertuah ni seolah-olah menjadi planet asing yang dihuni alien-alien yg baru turun dari UFO..lets chek it out..
 ni zombie ke atau the mummy..baju kurun ke berapa pun aku tak tahu..tapi huduh gila rupenyer

wowwww ni seksi ke seksa..lu fikir lah sendiri..haha

ini antara baju yang paling sopan yang lady gaga pernah pakai..cantikkan macam taman bunga bergerak..


  • mangsa fesyen ni juga tak kisah nak perabiskan wang..janji mereka mencapai kepuasan maksima..janji aku lah diva yang vouge..huhuhu..ade juga yang sanggup berhutang untuk mendapatkan baju-baju yang mahal-mahal..maintenance orang cam ni tak payah cakap lah..sure pokai pasangan dia..
  • mangsa-mangsa yang obses ni juga, kalau korang tengok mereka suka beli majalah-majalah fesyen untuk memenuhi almari bukunya..kreditlah pada mereka..sifat membaca ni perlu dididik dalam diri kita..errrrr..tapi masalahnya dorang baca ke buku tu..melalui pemerhatian aku mereka ni suka melihat gambar-gambar fesyen je dalam buku tu..pengaruh atau ketaksuban mereka melihat gambar-gambar model fesyen lebih tinggi dari keinginan mereka nak membaca majalah-majalah yg dibeli..bukan kah itu membazir namanyer..
p/s: so nasihat aku buat diri aku dan pembaca-pembaca yang aku sayangi kenalilah diri anda..dan jadilah diri sendiri..tak perlu nak klon jadi orang lain..


ciri-ciri orang mencintai kita

 kadang kala kita tak tahu pun ade orang syok pada kita..ye lah dah dia tak nak bagitahu kat kita yang dia syok kat kita..so kita selalu buat dont know je..of coz lah dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi percayalah jauh disudut hati nya dia terlalu menyayangi orang itu..kalau orang tu jenis pendam n tak bagi tahu..ape kata kita detect behaviour or action dia. nah kat bawah ni fit senaraikan ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kita.. lets check it out :)
I suka kat U tapi I malu-malu kucing lah nak bagi tahu kat U..hihihihihi

  •  -Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

  •   Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

  • Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

  • Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan mesej seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas mesej nya, kerana dengan kiriman mesej itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

  • Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan tulis kat wall facebook mu untuk mengucapkan selamat atau mengirim mesej di inbox mu.

  • Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

  • Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, pasti menjadi kamus hatinya.

  • Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

  • Kalau kali terakhir  kamu berchatting atau berdating dengan sidia mungkin kamu sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim mesej di inboxmu untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

  • Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

  • Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

  • Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

  • Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'

  • Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

  • Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menghantar mesej panjang berjela di inbox facebookmu walaupun dia tahu kamu tidak online.. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

  • Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf kpd kamu dan tak akan melakukannya lagi.

  • Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

  • Kalau kamu melihat handphone-nya atau inbox fb nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

  • Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

  • Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

  • Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"
♥ lots of love :)




p/s: ini adalah perkara-perkara yang fit selalu buat bila fit nak expresskan my love to someone yang fit sayang..walaupun dia jauh tapi dia tetap dihati fit dunia n akhirat..

UPAH DIRI SENDIRI UNTUK MOTIVASI



Kerja semakin banyak..adakalanya waktu makan pun kadang2 kita tak hiraukan..akhirnya at the end of the day kita yang terpaksa menanggung sakit..gastrik lah, perut masuk angin lah..macam2 lah..kesannya, kerja kita semakin banyak yang tertunggak sebab kita selalu saja  sakit..Saat itu mulalah fikiran kita menjurus pada pemikiran negative..ape yang diri kita dapat setelah bertungkus lumus menyiapkan kerja..melainkan sakit dan penat..benar juga pepatah omputih yg berbunyi don’t work hard but work smart..

kadang2 kita perlu memberi  penghargaan pada diri kita yang penat bekerja siang dan malam..as a student,  hari-hari kita akan berhadapan dengan assignment yang berlambak2..itu belum masuk test lagi, final year project and amali-amali yang pastinya memerlukan komitment yang jitu..so hari ni aku nak berkongsikan serba sedikit bagaimana nak mencapai kepuasan kita ketika belajar dan bekerja tanpa jemu atau penat..


caranya mudah “UPAH DIRI SENDIRI UNTUK MOTIVASI”..fitri pasti korang semua ade benda yang korang idam2 kan selama ini tapi korang tak pernah dapatkan sebab korang penat bekerja sampai lupa nk memuaskan hati korang..macam aku memang teringin sangat nak menggantikan handphone ku yang dah lama aku guna..huhu tiap-tiap bulan mesti buat hal..siap member2 aku bahan aku suruh cicah handphone aku dalam air milo sebab bengang asyik rosak je..hahahaha..

so aku selalunya akan cabar diriku untuk mendapatkan handphone baru dengan melangsaikan kerja-kerja aku dengan sempurna..kalau aku dapat mencapai target aku..aku akan belikan handphone baru untuk diriku..hehe aku ni jenis tak suka manjakan diri ku dengan barangan mewah..kalau aku teringinkan barangan itu..aku akan pastikan meletakkan cabaran untuk mendapatkannya..alhamdulillah baru2 ni aku telah menang satu anugerah..dan aku telah berniat untuk menghadiahkan diriku sebiji handphone black berry..akhirnya aku merasa puas mendapatkannya.

Apabila mendapatkan sesuatu yang selama ini yang aku tundakan, terasa pencapaian yang amat hebat dalam diri sendiri! It feels great!. Aku menjadi lebih bersemangat, bermotivasi dan bertenaga untuk berusaha dengan lebih gigih lagi disebabkan oleh perasaan pencapaian yang ada dalam diri sendiri. Apabila kita mengupahkan diri kita sendiri pada sesuatu yang benar-benar kita inginkan, ia seperti memecahkan rutin harian kita disamping memberi “a sense of accomplishment”. So apa lagi..try it! Ini semua untuk motivasi diri sendiri..upahkan diri sendiri dengan sesuatu yang telah lama korang idamkan. Dan kata pada diri sendiri, ini hanyalah SATU UPAH untuk pencapaian kali ini, dan bukan UPAH yang terakhir untuk pencapaian-pencapaian yang lebih besar dan hebat pada masa akan datang.

p/s: kalau nak upah diri sendiri itu.ukurlah baju di badan sendiri..hehe jangan sampai berhutang pula..kalau berhutang itu bukan UPAH tapi itu PADAH..

Dulu jatuh kelemasan..kini jatuh cinta pada sukan renang..


2008..
"Kedalaman air sungai di kampung jepak, bintulu,Sarawak..mengingatkan moment aku terkapai kapai lemas..sejak peristiwa tu aku dah serik untuk mandi kat sungai lagi..hanya tuhan je yang tahu perasaan ku masa tu..kalau tiada orang tua 70 an itu yang menyelamatkan aku..agaknyer aku tiada lagi untuk menaip bingkisan untuk blog ini..lepas aku diselamatkan..orang tua tu plak mengah macam separuh mati..mana tidaknyer masa dia selamatkan aku, abis baju dan badan dia aku tarik.. aku panic gila..alhamdulillah aku masih bernafas.."
Seminggu lepas itu aku terbaca hadith tentang aktiviti renang yg benar2 membuka hati ku untuk menyintai sukan ini
berdasarkan hadith:-
"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah"
(hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
berenang adalah sukan yang memang banyak kelebihan. sebab itu Nabi menyarankan kita untuk belajar berenang. berdasarkan Kajian yang dijalankan di kelas renang Brooklyn College New York; pelajar yang berenang setiap 30 hingga 60 minit sehari memperlihatkan:-

-tahap tension, stress dan marah yang rendah dan pertambahan tenaga dari sebelumnya.
-dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal
-memberi lebih tenaga dan stamina untuk bekerja,
-memudahkan anda menangani stress dan kerunsingan,
-mengurangkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan,
-memberi kerehatan dan tidur yang lena, melicinkan peredaran darah dan pernafasan, dan memperbaiki penampilan diri anda.

22-10-2011-harini aku diajar tentang doggy paddle.. basic things yang perlu aku tahu before belajar advance technique ..penat jugalah nak berenang ala- ala anjing kelemasan ni..otot tangan dan kaki amat memainkan peranan..yang bagusnya kepala kita akan keluar melebihi air.. pernafasan tidak menjadi masalah..cume kita kene relax dan cool..pergerakan kaki dan tangan kene consistent..alhamdulillah learning outcome harini aku dah boleh nak move forward 10 hingga 25 meter kehadapan. Jadi aku yakin kebenaran ape yang dikatakan dalam kajian itu, nak dibandingkan dengan sukan2 yang lain.. aku rasa sukan renang seolah-olah terapi untuk aku menghilangkan stress..hehehee tapi masa mula2 masuk kolam renang yang kedalamn 1.8 meter tu..stress juga aku..banyak juga lah air klorin yang aku telan..selesema juga aku dua tiga hari masa mula2 start kelas renang dulu..sekarang Alhamdulillah aku dalam proses untuk berenang ke tahap kedalaman 3.5 meter..semua nyer bargantung pada self confidence aku..
Lihat anjing ni..sebenarnya doggy paddling adalah teknik yang penting bagi beginner macam aku ni sebelum belajar tentang macam2 gaya renang yg lebih advance.

bagi aku semua boleh berenang..nak atau tak nak je..tapi biasanya orang segan nak berenang sebab pakaian..mungkin terlalu seksi kot..tapi kat Malaysia ni banyak je pakaian renang yang berciri2kan muslim n muslimah..siap ade pelbagai fesyen n material yg bermutu tinggi lagi..ikut hati je sebenarnyer..kemahiran berenang ni adalah kemahiran yang tak ternilai dalam hidup kita sebenarnya. kita tak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang kan. 70% dari bumi kita ni pon terdiri dari laut, tasik. kalaulah kita terdesak satu masa nanti, insyallah membantu. tak salah nak persiapkan diri. bayangkan pulak kalau kita di dalam situasi kecemasan. anak jatuh air, isteri jatuh air. boleh jugak kita selamatkan. kalau anak ke, isteri ke mungkin kita boleh ade pengganti yang baru. tapi kalau mak atau ayah? haa...pikir2lah ye..jom belajar renang..sunnah tu~
P/S: dalam masa seminggu je kalau training 2-3jam sehari dah boleh berenang dah..



10 perkara pelik tapi benar tentang aku



Apa kahabar semua? Sihat tak..mungkin sekarang ni ade yg masih dlm mood raya dan mungkin juga dalam mood kerja..fit harap mood anda semua dlm keadaan happy n bersemangat..jadikan hari ini lebih baik dari semalam..ok lah..hari ni fit nk share sikit tentang diri fit..memandangkan blog ni baru dirasmikan semalam..eloklah fit beri mukadimah tentang diri fitri..

Tak kenal maka tak cintakan..so entry kali ni aku perkenalkan sedikit sebanyak tentang diri ku

10 perkara yang orang tak tahu pasal aku?


  1. Malu..macammana nk atasi perasaan malu..huhuhu..secara semulajadinya aku ni pemalu orangnyer..cammana nak tahu aku dlm keadaan malu atau tak...Kalau aku dalam keadaan malu muka aku akan merah terutamanya bahagian telinga..hehehe kalau ade yg tanya kenapa telinga kau merah fit..aku akan jawab cuaca panas agaknya..sambil tersipu2 kucing..mioww mioww..
  2. suka senyum????Aku ni murah dengan senyuman..setiap pagi aku akan pandang gambar2 sumber inspirasiku..aku akan senyum pada gambar-gambar tu n aku akan ckp I LOVE U..muahhhhh..hehehe.
  3. gelak tak boleh blah…aku ni jenis tak mudah gelak tapi bila gelak..hahahhahah gelak aku bersepah sampaikan orang akan gelakkan tawa ku yang agak cute tu..hahaha..hahahaha..hahaha..
  4. ini habit aku dari kecil..bila keluar mana2 aku akan pastikan membawa beg galas..bila tidur pun aku lebih suka peluk beg galas aku..kalau aku takde beg galas.. aku akan rasa seperti biskut yang lemau..ditelan mati emak..di luah mati ayah..hahaha (ntah apa2 peribahasa aku ni)
  5. ni bukan aku cakap tapi member2 cakap..aku adalah seorang listener n speaker yang baik…hehehe ada masa aku banyak cakap n ade masa aku suka mendengar..depends gak pada orang yang kedua tu..kalau dia jenis pendiam aku lah yg suka memulakan perbualan..tapi bila dia suka bercakap aku lah yg jadi tukang dengar..WARNING!! telinga aku jenis tak boleh dengar org cakap besar or belagak..n orang2 yang suka mengaibkan orang lain..aku cepat membahan orang2 yg dlm kategori ini..
  6. Aku bukan lah pelawak..tapi kawan2 aku suka lepak ngan aku coz dia cakap aku lawak..tang mana yang lawak tu aku tak tahu..
  7. marah!!!!..hahahha..aku bukan jenis suka marah..kalau aku marah pun aku akan senyap dan cepat2 minta maaf pada orang yg aku marah tu..bagi aku marah tu bukan lah penyelesaian pada masalah tapi ianya sekadar nafsu yang merosakkan hubungan..aku kalau marah paling lama 24 jam je..hehehe tapi kalau aku geram paling lama 24 hari..hehehe
  8. coklat…mmmmmmm sedapnyer.. I lovin it..semua coklat aku suka..aku ni gila coklat yang tahap kritikal..yg paling best hobi aku mengumpul pembungkus coklat..siapa yg bagi hadiah kat aku especially coklat..aku akan tulis namanyer pd pembungkus coklat n jadikan penanda buku..hahaha percaya atau tidak berkat hadiah mereka sampai sekarang aku akan ingat moment n cara seseorang tu menghadiahkan aku coklat..
  9. pembersih??Aku bukanlah pembersih sangat..tapi aku paling pantang kalau meja tulis aku dalam keadaan bersemak,n katil tidur ku tak terurus..dua tempat ni mmang akan create mood aku atau spoil kan mood aku…kalau aku buzy cmnepun aku akan pastikan tempat aku belajar n tempat aku tidur dlm keadaan OK..
  10. suka tengok orang…kalau aku boring aku suka release tension duduk kat tingkat atas kat shopping complex n tengok gelagat orang ramai..masa inilah aku boleh lihat reality sebenar masayarakat aku khususnya..ade yang boleh di ambil pengajaran dan ade juga yang boleh dijadikan contoh kehidupan..hehehe mungkin dulu cita2 ku nk jadi pakar psikologi..
    dari dulu aku minat sangat tentang psikologi manusia..aku nak belajar tentang human behavior…tup tup aku sekarang ni belajar tentang animal science kat UPM..jadi pakar psikologi haiwan lah gamaknya... but its ok rezeki ada di mana2 yang penting usaha tangga kejayaan..










testing..

new blog from me norfitri abdullah sani

I Believe What I See

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Hak milik sepenuhnya Norfitri Abdullah Sani/Rawang Selangor