Followers

Dulu jatuh kelemasan..kini jatuh cinta pada sukan renang..


2008..
"Kedalaman air sungai di kampung jepak, bintulu,Sarawak..mengingatkan moment aku terkapai kapai lemas..sejak peristiwa tu aku dah serik untuk mandi kat sungai lagi..hanya tuhan je yang tahu perasaan ku masa tu..kalau tiada orang tua 70 an itu yang menyelamatkan aku..agaknyer aku tiada lagi untuk menaip bingkisan untuk blog ini..lepas aku diselamatkan..orang tua tu plak mengah macam separuh mati..mana tidaknyer masa dia selamatkan aku, abis baju dan badan dia aku tarik.. aku panic gila..alhamdulillah aku masih bernafas.."
Seminggu lepas itu aku terbaca hadith tentang aktiviti renang yg benar2 membuka hati ku untuk menyintai sukan ini
berdasarkan hadith:-
"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah"
(hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
berenang adalah sukan yang memang banyak kelebihan. sebab itu Nabi menyarankan kita untuk belajar berenang. berdasarkan Kajian yang dijalankan di kelas renang Brooklyn College New York; pelajar yang berenang setiap 30 hingga 60 minit sehari memperlihatkan:-

-tahap tension, stress dan marah yang rendah dan pertambahan tenaga dari sebelumnya.
-dapat membantu mengekalkan berat badan yang ideal
-memberi lebih tenaga dan stamina untuk bekerja,
-memudahkan anda menangani stress dan kerunsingan,
-mengurangkan risiko darah tinggi, sakit jantung dan kegemukan,
-memberi kerehatan dan tidur yang lena, melicinkan peredaran darah dan pernafasan, dan memperbaiki penampilan diri anda.

22-10-2011-harini aku diajar tentang doggy paddle.. basic things yang perlu aku tahu before belajar advance technique ..penat jugalah nak berenang ala- ala anjing kelemasan ni..otot tangan dan kaki amat memainkan peranan..yang bagusnya kepala kita akan keluar melebihi air.. pernafasan tidak menjadi masalah..cume kita kene relax dan cool..pergerakan kaki dan tangan kene consistent..alhamdulillah learning outcome harini aku dah boleh nak move forward 10 hingga 25 meter kehadapan. Jadi aku yakin kebenaran ape yang dikatakan dalam kajian itu, nak dibandingkan dengan sukan2 yang lain.. aku rasa sukan renang seolah-olah terapi untuk aku menghilangkan stress..hehehee tapi masa mula2 masuk kolam renang yang kedalamn 1.8 meter tu..stress juga aku..banyak juga lah air klorin yang aku telan..selesema juga aku dua tiga hari masa mula2 start kelas renang dulu..sekarang Alhamdulillah aku dalam proses untuk berenang ke tahap kedalaman 3.5 meter..semua nyer bargantung pada self confidence aku..
Lihat anjing ni..sebenarnya doggy paddling adalah teknik yang penting bagi beginner macam aku ni sebelum belajar tentang macam2 gaya renang yg lebih advance.

bagi aku semua boleh berenang..nak atau tak nak je..tapi biasanya orang segan nak berenang sebab pakaian..mungkin terlalu seksi kot..tapi kat Malaysia ni banyak je pakaian renang yang berciri2kan muslim n muslimah..siap ade pelbagai fesyen n material yg bermutu tinggi lagi..ikut hati je sebenarnyer..kemahiran berenang ni adalah kemahiran yang tak ternilai dalam hidup kita sebenarnya. kita tak tahu apa yang akan jadi di masa akan datang kan. 70% dari bumi kita ni pon terdiri dari laut, tasik. kalaulah kita terdesak satu masa nanti, insyallah membantu. tak salah nak persiapkan diri. bayangkan pulak kalau kita di dalam situasi kecemasan. anak jatuh air, isteri jatuh air. boleh jugak kita selamatkan. kalau anak ke, isteri ke mungkin kita boleh ade pengganti yang baru. tapi kalau mak atau ayah? haa...pikir2lah ye..jom belajar renang..sunnah tu~
P/S: dalam masa seminggu je kalau training 2-3jam sehari dah boleh berenang dah..



4 ulasan:

bee shaz wals said...

hehehhehee kelakar pula baru belajar berenang ker hahahhaaa...baguslah macam tu nanti bila dah pandai boleh selamatkan orang lain ,,

Dari Mata Pena Seorang Insan Biasa said...

hahaha.ye lah..kalau awak lemas just call saya je..nanti saya datang selamatkan awak..hahhahaha..

bee shaz wals said...

thank lah sebab sudi nak selamatkan shaz..hehhee
tapi kalau boleh tulisan entri awak bagilah besar sikit susah lol nak baca...nasib shaz tak juling heheh jangan marah just kidding

Dari Mata Pena Seorang Insan Biasa said...

hehehe thanks coz beri komen yg membina..nanti fit buat improvement kat tulisan yea :)

I Believe What I See

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Hak milik sepenuhnya Norfitri Abdullah Sani/Rawang Selangor