Followers

cucu opah "terlampau" buat program 3rd IASS

 
Berbaloi-baloi..opah belah mak aku cakap.."perkara baik yang KITA usahakan walau sekecil manapun biarlah ikhlas..opah pasti bila kita buat kerja dengan ikhlas diakhirnya nanti KITA akan bertemu ape maknanya KEPUASAN..ni opah yang cakap..aku just copy paste ayat opah aku..opah tu nenek lah ngeng bukan oppa dalam bahasa korea tu..dalam bahasa korea oppa tu abang..tapi biasalah orang perok panggil lah opah untuk nenek..hehehe membebel plak aku cam opah aku..
 
dup dap dup dap..menanti 10 hari lagi..adeihhhh PITAMMM..agaknyer macam ni lah rupenyer orang yang planning nak buat majlis kawen..kad jemputan lah, dekorasi pentas lah,senarai tetamu yang hadir, catering..huhu semua tu kene amik kira gak.. ape aku merepek ni..
 
aku nerves ni bukan sebab aku nak kawen, dan bukan sebab orang nak meminang aku, cume nk kongsikan debaran kian terasa buat aku yang akan handle 5 program utama untuk program 3rd International Agriculture Students Symposium..bermula dari welcoming party, opening ceremony, cultural performance night, closing ceremony, and farewell party..

dan hari ini bertapa seronoknya team kami apabila program ini sudah mula mendapat liputan media..thanks kepada pihak media Kosmo dan Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel tentang program ini kepada masyarakat diluar sana..
 

artikel surat khabar dari Utusan Malaysia..terima kasih..
 

 
artikel surat khabar Kosmo
 
 
betul lah ape opah aku cakap..kalau kita buat baik.. rezeki ntah dari mana-mana akan datang janji kita ikhlas..alhamdulillah dana sponsorship bertambah2 dari semasa ke semasa pihak media pula semakin hari semakin update dengan program kami..terima kasih lah semua..sekalung penghargaan buat teman-teman pembaca yang selalu mendoakan kejayaan kami..terima kasih juga buat pihak2 media yang sudi membuat liputan media tentang program ini..terima kasih buat sponsorship yang menabung di tabung kami..terima kasih semua:)
 
TERIMA KASIH OPAH ^_^
 
 
 

Siapa Sebenarnya Anak Yusni Jaafar?

semoga ceria ceria selalu hendaknyer..salam blogger untuk semua pembaca :)
 
berdepan dengan hari yang membosankan..lepak dalam bilik menghadap laptop dan siapkan kerja yang tertunggak..di saat warga UPM bercuti..aku pula seorang diri melunaskan kerja-kerja yang tertunggak..ape nak buat dah tanggungjawab..walaupun kadang2 rasa nak termuntah menghadap kerja-kerja yang tak pernah selesai namun aku gigihkan juga untuk setelkan sebelum due date kerja-kerja sepatutnya dihantar..
 
mendapat panggilan telefon dari kawan ku Taylor Swift (bukan nama sebenar) hehehehe..."jom hangout kat The Mines Downtown Night Bazaar malam ni" ayat itu terpacul dari mulut dia sebaik salam nyer aku jawab..seperti Upin Ipin mendapat ayam goreng panas....(heheh berperibahasa plak)..aku pun bersetuju keluar malam ini....horayyyyyyy happy giler..mana tak nyer aku dah boring tahap gaban ni..dah macam laki mati bini dah aku sorang-sorang dlm bilik ni..rasa nak menjerit je kebosanan tapi takut makcik cleaner ingat aku gila..huhuhu..sekali dah ade org offer nk ajak keluar so ape lagi berbunga-bunga lah di hati..hahaha..
 


down town di mines yang baru di buka tahun lepas..jom lepak-lepak di sini


habiskan masa bersama member-member dihujung minggu memang menyeronokan..lagi-lagi bila dah lama tak jumpa..kalau jumpa dah macam rancangan jejak kasih plak..alamak panjang berjela-jela intro aku kan kan kan..so ape kene mengena plak ngan tajuk entry aku kali ni..nak tahu? silalah baca lagi :)
 
bersambung...

belajar budaya JEPUN di DAISO

 
ape khabar semua..tuesday morning semua..letih sikit semalam sampaikan takde masa nk update blog..before aku buka citer pasal tajuk entry aku ni aku nak tanya korang pernah pergi DAISO tak..ape ke menda DAISO ni..heheh DAISO ni bukan nama makanan ataupun nama electronik gadget ke ape..DAISO ni sebuah nama perniagaan dari JEPUN..
 
 ni dia tokey DAISO..hensem n kaya cam arwah datuk aku..hahaha..
 
semalam aku ngan member-member carilah barang dekorasi pentas untuk program fakulti  yang bakal berlangsung tak lama lagi..huhu nerves..nerves..lagi 13 hari lagi..doakan aku yea..
 
ok2 back to the right track..sambung balik cerita DAISO..bila sampai ke DAISO outlet di pusat beli belah MINES ni aku jadi rambang mata tengok semua barang kat sini dari besar sampai sekecil-kecil barang dia jual dengan harga 5 hengget..ape yang aku nak cakap kat sini ni bukan store cikai-cikai jual barangan ala-ala kedai rm 2 atau kedai rm 1 yang bersepah-sepah di malaysia sekarang ni..tapi yang ni special sikit sebab barangan DAISO ni semua datangnyer dari negara matahari terbit tu..murah-murah dan pelbagai..ade toileteries, stationary, alatan dapur dan macam-macam lagilah..
 
kebanyakkannyer barangan mereka adelah barangan yang berunsurkan environmental freindly..tomey-tomey n unik-unik barangannyer..yang penting bukan sekadar unik tapi still menepati ciri-ciri kesesuaian dengan fungsi-fungsi yang pelbagai..memang sesuai lah dengan teras syarikat disini yang mementingkan 3 perkara dalam pemasaran produk mereka QUALITY, VARIETY, UNIQUENESS
pendek kata tak rugi lah kalau nak shopping kat kedai ni..macam-macam ada..
 
 
 

KEINDAHAN GUNUNG DATUK

 
SALAM MAULIDUR RASUL BUAT UMAT ISLAM DISERATA DUNIA ^_^.
semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan jadikanlah hari esok lebih baik dari hari ini. ALHAMDULILLAH tahun ini aku membuka kelendar 2012 dengan pendakian pertama di Gunung Datuk, Negeri Sembilan..gunung yang ke 11 aku daki setelah menawan ke sepuluh gunung-gunung lain..
 



 

CHILL YOUR LIFE :)

 
halooooooooo... kepada readers n bloggers yang sudi singgah ke teratak blogku ni..silalah masuk buat cam rumah sendiri..terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi..saya doakan semua ceria dan sihat selalu..kalau yang sedih2 tu hapuskanlah air matamu..teruskan kehidupan dan buka minda, banyakkan berdoa kepada ALLAH yang maha esa supaya dapat menenangkan jiwa-jiwa yang dalam keresahan dan kemurungan..sesungguhnya ALLAH menguji dan menduga kita dengan masalah dan sesungguhnya DIA jualah tempat kita memohon hidayah dan petunjuk jalan penyelesaian disetiap jalan buntu yang kita hadapi. 
 
Entry hari ni aku nak kongsikan motivasi hidup aku bila saat aku dalam kesedihan...kata orang sharing is caring kan..ni aku hadiahkan kan buat korang semua..hadiah ni tak seberapa lah tapi besar nilainye..hope sudilah menerima yea..
 
"ENJOY LIFE NOW THIS IS NOT A REHEARSAL"
 
Kenapa KITA perlu enjoy dengan kehidupan kita?..adakah KITA pernah tanya dlm hidup kita, disaat kita dilanda kesedihan..kenapa harus aku membuang masa dengan melayan kesedihan yang amat sangat sehinggakan aku lupakan tanggungjawab ku pada kehidupan aku? daripada aku bersedih kenapa tidak aku enjoy dengan kehidupan aku? persoalan2 tu lah yang selalu bermain difikiran ku tatkala aku dlm kesedihan..kehidupan ni kawan-kawan.. hanya sekali je..bila kau dan aku lalui kehidupan hari ini dan pada saat ini..ianya takkan pernah sama dengan kehidupan hari esok pada waktu dan jam ketika ini..just imagine dulu zaman mak ayah kita dengan 50 sen je boleh beli nasi lemak dan sebungkus air sirap..but now, cubelah KITA dapatkan sebungkus nasi lemak dan sebungkus air sirap dengan harga 50 sen..kau rasa dapat ke??..sorry lah kawan..sekarang ni nk g toilet pun kene bayar 30 sen tau..kalau nk beli pembungkus nasi lemak pun korang takkan dapat dengan harga 50 sen kurang-kurang surat khabar sekarang harganyer 80 sen..begitulah analoginya..sekiranya aku dan engkau dalam kesedihan dan melayan perasaan kesedihan itu sehingga berhari-hari lamanya..kau dan aku sebenarnyer telah membuang harga sebuah kehidupan..apa lah yang KITA dapat dengan menghurung kepiluan tanpa sebarang motivasi hidup..kesannya..muka KITA nampak tua..badan semakin kurus..emosi terganggu..sampai satu tahap fikiran kita menjerumus kepada perkara negative seperti hisap dadah, buat kerja2 yang tak senonoh dan akhir sekali bunuh diri..
 
masalah-masalah kemurungan ni bukan KITA je yang hadapi malah orang yang kaya raya, artist dan selebriti..jutawan..dermawan..termasuklah orang yang berpelajaran tinggi sekalipun..nape tak percaya ke? tak percaya.. korang tanya lah pakcik google tentang artikle orang bunuh diri..yang peliknyer orang yang educated belajar di university bertingkat-tingkat pun cari jalan penyelsaian dengan menamatkan hidup dengan kebodohan yang bertingkat-tingkat..hehehhe...huhuhu senang je kan cari jalan penyelesaian dengan menamatkan riwayat hidup..ape KITA ingat semuanya langsai sebegitu sahaja ke..tidak kawan..ishh ishh tidak sama sekali..dalam alam barzakh pula belum abis lagi ceritanyer..bunuh diri adalah dosa besar yang dimurkai ALLAH..seksanya nauudzubillahiminzalik..
 
so mulai dari sekarang kenapa tidak KITA semua nikmati hidup ini dengan sebaik-sebaiknya..lakukan amanah kehidupan yang diberi dengan ikhlas dan keseronokan..kenapa tidak kita mencari jalan untuk KITA enjoy dengan kehidupan KITA..bukan tak boleh bersedih dan menangis..menangis itu bukan menandakan kita ni seorang yang lemah..kalau macam tu dah lama dah kita akan mati sebab masa baby dulu bergelen-gelen air mata KITA abis merengek-rengek nak susu..(uweeekkk uwekkkk..sound effect baby menangis) hahhaha..sekarang aku membesar je dan hidup seperti biasa..
boleh untuk KITA sedih..dan boleh untuk KITA menitiskan air mata penyesalan..tapi tidak perlulah terbawa-bawa dengan perasaan dan emosi negatif sehingga sanggup membunuh kehidupan kita..hakikatnya semua ade cara tersendiri untuk enjoy dalam kehidupan mereka..tapi ingat ade dua kemungkinan keseronokan dalam kehidupan ini..pertama seronok dan enjoy melakukan kejahatan dan mengundang kemurkaan ALLAH..dan kedua enjoy dan ikhlas dengan melakukan kebaikan dan mengundang rahmat ALLAH . jadi KITA lakukanlah ape sahaja aktiviti yang mampu menenangkan fikiran dan mampu mengembalikan semangat kita untuk meneruskan kehidupan KITA janji tidak melanggar perintah dan suruhan ALLAH, nescaya kita akan sentiasa dalam lindungan rahmat ALLAH..
 
tips untuk aku dan kau untuk enjoy dengan kehidupan ini sebenarnyer adelah mudah..pertama DELETE perkara2 negative yang boleh membunuh jiwa KITA..dan kedua INSTALL perkara-perkara yang positive yang boleh menyuburkan jiwa KITA..jangan campur adukkan ramuan ini kalau anda dalam perasaan negative eloklah buang kan perkara-perkara buruk tu terlebih dahulu..dan baru install perkara yang jernih supaya jiwa anda tidak tercemar..selamat beramal..may ALLAH bless u..amin..
 
p/s: mohon jasa baik anda memberi komen untuk saya membaiki kelemahan saya..TQ ^ _^
 

merindui itu satu anugerah..

salam rindu dari hamba ALLAH yang kerdil ini buat bloggers dan pembaca..semoga anda sihat2 dan ceria2 belaka..:) ALHAMDULLILLAH hari ni aku diberi peluang lagi untuk menulis bingkisan buat teman2 diluar sana..syukur juga aku panjatkan kepada ALLAH yang maha esa kerana hari ini aku dianugerahkan sebuah perasaan rindu yang sukar diungkapkan iaitu perasaan rindu pada kekasih ALLAH..
sedar tak sedar lagi beberapa hari aku akan menyambut hari jadi kekasihku..hari keputeraan idola hati ku..rindu sangat hatiku ini kepada beliau..teringin sangat diri ini bertemu beliau di masyar kelak..walaupun aku sedar siapalah aku sebagai hamba tuhan yang banyak bergelumang dengan dosa ini untuk mendapat pelukan dan ciuman kekasih ALLAH itu..tapi selagi aku hidup aku takkan jemu berdoa agar suatu saat nanti diakhirat kelak nabi tidak berpaling muka pada ku..malah mengakui diriku ini adalah umatnyer..
 
disaat aku menulis entry ini..bergetar rasa hatiku..sebak rasanyer memikirkan dosa silam ku yang jauh dan sering kali melanggar sunnah nabi dalam rutin kehidupan ku..namun selagi jantung ini berdenyut aku  takkan jemu untuk berdoa supaya ALLAH memberi hidayah kepada ku dan seluruh umat Muhammad SAW..bila teringat kisah nabi disaat manghadapi sakaratul maut..tiada ape yang nabi risau kan kecuali dengan merintih dalam kesakitan menyebut "ummati..ummati..ummati..".ya ALLAH sungguh murni hati Nabi..saat nyawa ingin beliau di tarik malaikat maut pun, Nabi masih menunjukkan kasih sayangnya pada kita..sedangkan aku pada hari ini semakin jauh menyimpang dari landasan kehidupan Rasulullah...astaghfirullahalazim..
"Ya ALLAH sesungguhnya aku banyak melakukan maksiat..ampunilah hambamu ini dan tunjukkan lah aku cahaya hidayah buat hambamu yang jahil ini" amin..
 
mengakhiri bicara entry kali ini..aku mengajak kalian semua sama-sama menghayati kisah mimpi ustaz Haron Din bertemu Rasulullah SAW..
 

video

p/s :buat teman-teman di luar sana..marilah bersama-sama kita meraikan hari yang penuh bermakna ini dengan zikir dan solawat buat junjungan Nabi Muhammad SAW..semoga kita tergolong di antara orang-orang yang mendapat syafaat di akhirat kelak..selamat menyambut Maulidurrasul semoga saya dan anda mendapat hidayah dunia dan akhirat :)



 
 
 

SUBHANALLAH..cantiknyer suria pagi..

 





 
Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud " janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah yang ceria dan senyuman)"
 - hadis riwayat Muslim-
 
Alhamdulillah..final exam sudah habis dengan jayanya..thanks to "cik adek" yg jauh dimata dekat dihati yang selalu memberi sokongan moral pada saya tanpa jemu2..buat mak ayah tercinta dikampung..terima kasih jua kerana selalu mendoakan dan menasihati anakanda mu sepanjang perjalanan hidup ini..buat lecturer2..terima kasih kerana sudi mendidikku dan melayan kerenah student seperti ku ini..hakikatnyer semua bermakna buat hidupku..kalau boleh nak je aku dedikasikan salam penghargaan kepada mak guard n pak guard yang selalu tahan aku kat pintu gate UPM bila balik lepas kul 12 malam..thanksss:)..sorryyylah tertipu n terkelentong bila nak lepaskan diri masuk kolej..hihihihi..merdeka777x..heheheh..
 
buku2 n nota-nota sudah aku simpan cantik2 dalam kotak..siap salotape dua tiga kali lagi..n semua dah disusun dalam stor..tinggal fail2 penting untuk kerja2 program aku je yang masih berselerak diatas meja..semua tu akan ku tinggalkan sebentar untuk mereleasekan tension.. yang penting aku tahu esok aku nk g tengok sun rise kat bukit tabur..so malam ni kene tidur awal lah gamaknyer..yeayyyyyyyyyyyy..

seawal pukul 4 pagi aku n zam dah terpacak kat blok perempuan kolej 16, menunggu geng2 pendakian turun bersiap..almaklumlah gegurl..siap pun lambat lah..saboorr je lah..hhehee..setelah semua berkumpul kami pun memulakan perjalanan ke destinasi..sepanjang perjalanan ade sahaja lawak-lawak bingai yang menggeletek kami di pagi2 hari...perjalanan kami dari UPM ke Taman Melawati hanya mengambil masa tidak kurang dari 45 minit..mungkin kereta saga hitam itu sungguh selesa memecut laju di hening pagi kerana pepagi buta disaat orang tengah berdengkur n buat tahi mata..kami pula bermaharajalela menggunakan jalan raya semata-mata ingin sampai ke puncak Bukit Tabur sebelum mentari terbit dari ufuk timur..ALHAMDULILLAH sampai je di perkarangan bangunan Puncak Niaga, kereta saga hitam yang kami gelarkan "Blackie" mencari port parking..parking plak baik punyer depan tiang lampu di depan pintu masuk berhampiran Puncak Niaga Gate..
 




starting point untuk mendaki..berhampiran dengan bangunan Puncak Niaga.
 
 
bunyi kucing hutan jelas kedengaran menemani kami sepanjang pendakian, kicauan burung seperti mengalu-alukan kedatangan kami, batu-batan menjadikan perjalanan kami lebih mencabar..flora yang menghiasi landskap Bukit Tabur menghiasi pemandangan kami..sungguh menakjubkan..Subhanallah..kesungguhan untuk sampai kepuncak dalam masa kurang dari 1 jam setengah terpancar di muka peserta pendakian terutamanya dua orang kawan kami yang berasal dari australia..both of them really excited to reach the peak and wanna see the sun rise view from the summit of Bukit Tabur. so demi menunaikan permintaan mereka kami layankan je lah..yang penting semuanyer perlu punctual..
 
Alhamdulillah..akhirnya kami sampai kedestinasi yang dituju-tuju walaupun mengambil masa untuk kami sampai kepuncak jauh tersasar dari target asal kami iaitu kira2 dua jam..walaubagaimanapun kami bersyukur kerana kami tidak terlepas peluang untuk menyaksikan view matahari terbit dari kawasan bukit tabur..so amazing..hati ku tenang..cahaya mentari seolah-olah mengambarkan kehidupan ini perlu dijalani dengan penuh semangat dan keceriaan..
 



 rehat sebentar sambil bergambar "malaysia australian" di Bukit Tabur
 



"bersama gunung di daki..bersama lembah dituruni"
 



jelas kelihatan bandaraya Kuala Lumpur dari check point ke 5 Bukit Tabur
 




 



akhirnya masa yang ditunggu..dari celahan dahan pokok ini sinaran matahari mengusik pandangan ku
 



suria pagi yang sungguh mengasyikkan..setiap saat ku jatuh cinta dengan kekuasaan ALLAH..subhanallah..
 




kamilah juara..anda bila lagi..
 
 
 

aku adelah ape yang aku fikirkan..

 


selamat malam semua..makkk aiiiihhh rindunyer ku tak terkira..tatkala melihat blog ini berseri-seri didekorasi oleh somebody yang comel lagi baik hati..love u n miss u so much..lama rasanyer jari jemari runcingku tidak warming up untuk menulis entry buat makanan blog ku ni..kesiannyer dia mungkin dia kehausan dan kelaparan... i am sorry my dear blog..insyaALLAH bila saya dah selesai semua tanggungjawab saya, saya akan berikan nafkah secukupnyer buat awak..adeiiiiihhh ape aku merepek ni..tapi tak kira juga walaupun kau tidak bernyawa..aku nak minta maaf gak kat kau wahai si blog ku yang tercinta..

hari ni aku happy sangat2..firstly, sebab masa aku tgh breakfast pagi tadi sambil membelek-belek surat khabar KOSMO..tiba2..jeng jeng jeng..mata aku tertumpu pada berita tentang artikel program aku yang bakal berlangsung 19 haribulan 2 ni..ALHAMDULILLAH..syukur nampaknyer usaha aku semakin menampakkan hasil..walaupun buzy memanjang mengalahkan menteri  (ayat cik adik yang selalu geram merindui abangnyer) namun akan ku buktikan aku mampu melakukannyer tanpa mengabaikan tanggungjawab ku yang lain hehehe..buat cik adik yang tgh sejuk dilanda winter disana abang minta maaf kerana selalu mencuri masa kita bersama..terima kasih juga kerana memahami tanggungjawab dan menyokong kerja-kerja abang..

Bukan senang nak menjalankan tanggungjawab sebagai student, pada masa yang sama juga aku memegang jawatan lain. walaupun kerja-kerja yang aku lakukan sukarela tanpa dibayar gaji seciputtpun namun aku happy jalankan tanggungjawab sosial..kerana yang penting bagi aku adalah pengalaman dan kepuasan menempuh cabaran..barulah seronok bila hidup kita penuh dengan cabaran..cabaran yang mengajar kita erti susah payah dan sentiasa menghargai pengorbanan..orang yang takut risiko sahaja yang suka beri alasan.. at the end of the day..orang-orang seperti ini hanya tahu menuding jari dan berkata-kata seperti tin kosong..kadang-kadang biasalah bila buat kerja ade masa kena puji tak kurang juga kene kritik yang berdas-das macam peluru machine gun..kalau tak tahan mahu boleh bikin gaduh..mana taknyer buat salah sikit kene marah, kene reject, kene condemn..kalau fikirkan siapa tahan untuk buat kerja untuk dimarah dan dicaci..tapi bagi aku itu dah jadi makanan biasa..sakit memang sakit woo..tapi semakin aku di condemn semakin itulah aku akan bangkit untuk buktikan pada semua yang aku pun boleh bagi yang terbaik dan menyumbangkan khidmat bakti..yang penting aku buat kerja ikhlas dan kalau kene marah dan kritik tu aku pertimbangkan sebagai cabaran untuk aku bangkit semula..pesanan untuk pembaca semua dan untuk diri aku yang kerdil ini..
" IF SOMEONE STRONG ENOUGH TO BRING YOU DOWN, SHOW THEM YOU ARE STRONG ENOUGH TO GET UP"..
ini adalah ayat motivasi yang selalu aku sematkan bila diriku diperlekehkan dan ditahigigikan..




akhirnya..artikel keluaran pertama..ALHAMDULILLAH..senyum lega :)


 

I Believe What I See

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Hak milik sepenuhnya Norfitri Abdullah Sani/Rawang Selangor