Followers

HODOH BERFESYEN...IMEJ TERGADAI..

ape ke pelik tajuk entry aku kali ini..bukan ape baru-baru ni aku pergi shoppping kat mid velley..sekali ternampak lah minah free hair pakai baju rainbow-rainbow gitu..mesra alam sangat..pastu pakai klip rambut kat atas kepala dia..oh mak aiiiihhhh..besar gila klip bunga kat atas pala dia. kira bila dia berjalan bawa konsep go green lah or environmental friendly lah gamaknyer..tapi bagi aku kalau ye pun nak berfesyen tak payahlah nak serabutkan kepala yang memang dah serabut tu. di tempek kan bunga sebesar-besar mangkuk tu buat ape..buat kelakar je aku tengok..

kebetulan pula, semalam aku dating dengan cayangku..hehe terbukalah topik mangsa fesyen zaman sekarang ni..banyak lah yg kami bualkan..dari erspektif aku yang tak berapa reti berfesyen ni aku rasa mangsa-mangsa fesyen ni seolah-olah berhadapan dgn konflik dalam diri masing-masing..bagi cayang aku pula..mangsa fesyen ni berlambak je dalam dunia hari ini..al maklumlah dia juga pemilik butik so selalu juga lah berhadapan dengan customer yang ala-ala diva ni..

nak merungkaikan permasalahan ni aku highlightkan ciri-ciri mangsa fesyen melalui pemerhatian dan pembacaan aku:

  • mangsa fesyen ni pantang ade trend terbaru pasti akan mencubanya...mana yang dia suka dia pasti mencubanya tanpa mempertimbangkan bentuk susuk tubuhnya, warna kulitnya, tinggi ke rendah..katanyer mereka nak up to date..tapi sekali aku tengok dah macam expired date dah..hahah mana tak nyer kalau badan dia dah macam tong drum tapi pakai baju budak 12 tahun..hahaha ape kejadahnyer semua itu..cian lak aku tengok mereka bangga dengan fesyen sarung nangka nyer..


aiyoyo..cantik tak lemak nangka I..hahhaha kelas ko jah..hihihi
  • mangsa fesyen ni selalunya taksub dengan idola mereka..selalunya idola mereka dikalangan selebriti-selebriti terkenal..just imagine kalaulah masyarakat kita meletakkan lady gaga sebagai idola mereka..rasa nya bumi bertuah ni seolah-olah menjadi planet asing yang dihuni alien-alien yg baru turun dari UFO..lets chek it out..
 ni zombie ke atau the mummy..baju kurun ke berapa pun aku tak tahu..tapi huduh gila rupenyer

wowwww ni seksi ke seksa..lu fikir lah sendiri..haha

ini antara baju yang paling sopan yang lady gaga pernah pakai..cantikkan macam taman bunga bergerak..


  • mangsa fesyen ni juga tak kisah nak perabiskan wang..janji mereka mencapai kepuasan maksima..janji aku lah diva yang vouge..huhuhu..ade juga yang sanggup berhutang untuk mendapatkan baju-baju yang mahal-mahal..maintenance orang cam ni tak payah cakap lah..sure pokai pasangan dia..
  • mangsa-mangsa yang obses ni juga, kalau korang tengok mereka suka beli majalah-majalah fesyen untuk memenuhi almari bukunya..kreditlah pada mereka..sifat membaca ni perlu dididik dalam diri kita..errrrr..tapi masalahnya dorang baca ke buku tu..melalui pemerhatian aku mereka ni suka melihat gambar-gambar fesyen je dalam buku tu..pengaruh atau ketaksuban mereka melihat gambar-gambar model fesyen lebih tinggi dari keinginan mereka nak membaca majalah-majalah yg dibeli..bukan kah itu membazir namanyer..
p/s: so nasihat aku buat diri aku dan pembaca-pembaca yang aku sayangi kenalilah diri anda..dan jadilah diri sendiri..tak perlu nak klon jadi orang lain..


2 ulasan:

bee shaz wals said...

biasa lah fitri zaman sekarang ni mereka lebih suka meniru dari mengikut kesuaian mereka..ada yang nak bergaya tapi tak kena tempat..

loVe puRpLe said...

hheheh nak uptodate kot... sometime ok n sometime tak.. (^-^)

I Believe What I See

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Hak milik sepenuhnya Norfitri Abdullah Sani/Rawang Selangor