Followers

I LOVE MY LECTURER

Hari ni hari jumaat bersamaan 28/10/2011..huhuhu lagi dua hari kuliah nak start..dikesempatan ini fit nak mengucapkan happy deepavali  to all bloggers yg menyambut perayaan Deepavali....semoga tahun ini memberi cahaya keindahan dihari yang penuh bermakna buat penganut-penganut beragama hindu..

oleh sebab kuliah dah nak start..entry kali ni fitri nak cerita lah sikit tentang tips untuk kekal cemerlang dalam hidup bergelar seorang pelajar..fit taknak lah cerita pasal teknik-teknik belajar yang basic2..fit rasa kalau korang pergi cerama motivasi pun mereka dah selalu ceritakan..cuma fitri ingin menarik perhatian semua betapa hari ini budaya hormat menghormati terhadap lecturer semakin terhakis dikalangan pelajaR



Dah terang lagi bersuluh..sebagai seorang pelajar kita tak dapat lari berhadapan dengan ujian atau peperiksaan yang menentukan CGPA kita..ade orang struggle gila-gila nak dapatkan result yang terbaik tapi at the end of the day result tak berbaloi dengan usaha mereka..fit pun bukan lah pelajar yang cemerlang..tapi fit ade sedikit pengalaman yang ingin dikongsikan bersama buat mereka yang bergelar pelajar..

"kejayaan masa depan kita bukan terletak pada segulung ijazah tetapi terletak pada attitude kita"

nak jadi pelajar yang cemerlang bukannya mudah..yang paling penting perbetulkan niat kita..belajar ini sebenarnyer bukan untuk exam je..ramai orang boleh skor tinggi dalam exam tapi mereka buat semata-semata untuk exam sahaja..lepas habis je exam..nota yang mereka baca mereka dah lupa..ilmu yang mereka belajar tak di amalkan..thats why bila tanya balik ade yang termanggu kerana lupa apa yang mereka belajar..

bila kita nak belajar...kita kene pasangkan niat belajar semata-mata kerana ALLAH..lagipun ilmu ini cuma pinjaman sahaja..bila-bila tuhan boleh tarik balik..yang penting biar kita belajar sedikit tetapi kita amalkan..pembelajaran yang berterusan ini lagi bagus daripada kita struggle bagai nak gila..tapi kita lupa selepas exam.

but today..apa yang fit nak fokuskan dalam entry kali ini ialah tentang hubungan kita dengan pensyarah..bagi siapa yang tingal full time kat kawasan kampus dan berjauhan dengan ibu bapa, sebenarnyer pensyarahlah orang tua kita selepas ibu bapa kita..jadi rajin-rajinlah berjumpa dengan pensyarah. bagi fit, seorang pelajar bijak pandai  mereka selalunya akan banyak mendapatkan input dari pensyarahnya..kerana dia tahu pensyarah adalah orang yang pakar dan berpengalaman dalam subjek yang diajarkan..
melalui hubungan baik ni..pelajar selalunya akan cepat masak dengan perangai pensyarah..mereka akan tahu apa kehendak pensyarah bila menjawab soalan dan  bagaimana permarkahan soalan..ada juga antara mereka yang menjadikan pensyarah sebagai idola mereka..dari situ mereka akan cuba merangsang pemikiran mereka untuk bertanyakan soalan-soalan dan menunjukkan minat terhadap subjek yang diajari oleh pensyarah..ada yang siap mencabar diri mereka untuk bersaing dengan pensyarah nya..terutamanya bila diberikan tugasan..


so ini nasihat ikhlas dari saya..hehehe.. warning buat mereka yang kaki kipas..huhuhu..jangan jumpa pensyarah hanya untuk bertanyakan tips soalan peperiksaan sahaja..atau untuk meng "upgrade markah" sahaja..keraplah berjumpa pensyarah untuk bertanyakan soalan dan berkongsi pendapat..anggap sahaja pensyarah sebagai orang tua kita. Bila kita tak meletakkan jurang kita dengan pensyarah kita, sudah pasti kita akan lebih selesa menerima teguran atau nasihat pensyarah

the most important thing!!!!  jangan ade perasaan benci pada pensyarah..perkara ini selalu berlaku bila ade yang suka mengumpat pensyarah..lagi-lagi bila carry mark ciput gila..ade yang bengang and suka mengada-adakan cerita sehingga junior-junior lain pun termakan hasutan mereka and akan menyimpan perasaan benci pada pensyarah tersebut

sebenarnya seorang pelajar kena selalu bersikap positif..jangan terlalu down bila mendapat markah yang sedikit..balajar dari kesilapan lampau..cube tanya pada diri sendiri.. bila kita dapat markah sedikit berapa ramai antara kita yang akan berjumpa pensyarah dan menceritakan permasalahan kita..cuma kebanyakan dari kita melabelkan pensyarah ini kedekut lah..dah lah kedekut tahi hidung masin plak tu..huhuhu macam-macam kerenah pelajar zaman sekarang ni..
kalau fikir-fikir balik pelajar zaman dulu dan pelajar zaman sekarang banyak perbezaanya..betapa pelajar2 zaman dahulu menghormati pensyarah..mereka menganggap seolah-olah pensyarah macam ibu bapa mereka..tapi kini budaya itu tiada lagi..kadang-kadang pensyarah lalu tepi kita pun kita buat dont know je..so camnelah nak dapat keberkatan kalau kita takde perasaan hormat pada pensyarah..pastu mulut kita ni ringan je mengumpat@ mengutuk pensyarah je...ish ish ishh astaghfirullah al azim..

sebenarnyer..ehehem..ni nak buat pengakuan ni..sebenarnyer orang yang menulis ini pun tak pernah terlepas dari melakukan dosa-dosa kecil dgn pensyarah juga..mengumpat mmg dah jadi asam garam saya dgn kawan-kawan saya..tapi sampai bila..dosa saya dengan pensyarah rasanya dah banyak dah..dah tak larat nak tanggung..so jangan jadi macam saya..ini adalah pengalaman saya bila saya melihatkan perbezaan ketara saya apabila mendapat result periksa bila saya menukar attitude saya ke arah yang lebih positive..kalau minda kita positif..peribadi kita juga akan positif..insyaALLAH..sekian..

p/s:- coretan ini ditulis untuk pedoman buat saya yang lemah ini dan diharapkan menjadi manfaat buat semua pembaca..mohon komen semua..kerana saya dahagakan komen-komen membina anda..assallamualaikum:)

1 ulasan:

Beeshazwals said...

bagus entri ni banyak panduan...

I Believe What I See

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Hak milik sepenuhnya Norfitri Abdullah Sani/Rawang Selangor