Followers

AKU, DUA BIJI TELUR DAN MAMAK

Sekitar pukul 4.00 ptg, tatkala awan nano berarak mendung kelabu..dan aku baru sahaja selesai memerah otak menjawab soalan paper dairy animal sains..kaki ku melangkah keluar dewan peperiksaan dengan senyuman seindah suria sambil menelan air liur n tawakal diri kepada ALLAH...

dari kejauhan lebih kurang 8 hingga 9 meter dari aku terdengar suara orang menjerit nama aku..perghhh famous sangat ke aku keluar-keluar je dari dewan terus ade orang panggil nama..nak minta sign aku lah tu..mentah-mentah aku hot kat kelas tu, nk interview aku lah tu..(sambil memandang belakang)


"fit..duit trip esok ko belum bayar kan?" soal ana apabila menghampiri aku.


"berapa?" soalan ana aku tak jawab, malah aku menghujani dia pula dgn soalan


"5 henggit..untuk sarapan pagi esok sekali ngan air.."jawab ana pantas


"lah 5 henggit je"..sambil tangan ku menyeluk2 saku dan mengeluarkan dompet hitam yang tak pernah aku tukar sejak 7 tahun dulu..dompet yang buruk itu aku buka..


"alaaa aku tak de duit kecik lah..ade 50 henggit n 50 sen je..ko pakai je lah duit ko dulu..nanti ko claim ngan aku.."jawab aku pantas..


"ok lah kalau camtu..nanti aku dulukan duit aku.."jawapan ana melegakan aku..

jauh disudut hati kecilku... hampeeeeeeehhhhhh 100000 kali hampeh..

dia datang just nk minta duit aku plak..ape kejadah nyer semua ini????bukan dia tak tahu, poket aku tengah kering sekarang ni..

ana pun berlalu dengan penuh kekicewaan..hahaha padan muka dia..hahaha


selang beberapa minit kemudian..

woitttttttt cepat lah..aku lapar ni!.. dari jauh terdengar teriakan seorang pemuda se awal 22 tahun, yang tercegat di muka pintu kereta kelabu itu..

sambil berlari-lari anak aku menuju ke kereta MYVI kelabu 30 meter didepan ku..pintunyer ku buka dan pantas menempatkan punggungku yang mantap dan montok ni diatas kusyen en. MYVI sambil menghirup udara segar aircond en. MYVI  


macam ne soalan tadi?..ok tak?..ko sure boleh jawab kan.. soal zaihan pemandu en MYVI.


"boleh jawabbb kentut ko..time tu lah nak terberak lah..time tu nk terkencing lah..dah lah masa tak cukup...mengong betulll..ni semua gara-gara black out lah ni..semalam sebab black out aku terus tidur.. sedar-sedar dah kul 9 pagi.. mana sempat nak buat revision." jawab aku sambil muka seperti ayam berak kapur.

muka ayam berak kapur

                                            
"jangan nak cakap kau, aku pun sama tak reti soalan calculation tadi..macam haram je soalan dia..frust aku" jawab zaihan sependapat ngan aku..tapi muka dia macam ayam sembelit sambil tangannyer menghentak stering en. MYVI..

muka ayam sembelit

kalau en. MYVI tu boleh bersuara aku sure dia akan cakap.."bodohhhhhhh punyer olangg..sakitlah!!!"..pada zaihan yang dari tadi menghentak-hentak stering kereta itu..

"dah lah jom g makan..malas aku nak fikir benda yang dah lepas ni" cadang aku yang dari pagi tadi menahan kelaparan sebab nak pulun study paper test tadi


soalan tadi benar-benar buat aku bengangggg..ade jawapan yang aku confirm betul dan ade juga soalan yang aku confirm salah..sementara sampai ke restoran mamak, aku mencongak-congak markah yang mampu aku dapat setelah bertungkus lumus berjuang di medan peperiksaan itu..arghhhhhhhhhhhhhhh malas fikir..benda dah lepas nak buat camne kan..kan kan kan

*********************************

setibanya dikedai mamak, mata aku melilau mencari kelibat member-member aimi and the gang, rakan sekelas ku..rambut kerinting aimi tu bukan susah sangat nak detect..dari jauh aku dah nampak..muka dia n seangkatan dengan nyer pun dua kali lima, tapi kali ni muka mereka macam ayam datang bulan..hahahha ni sure kes bengang dengan soalan paper tadi..


"rileks lah beb, ade lagi tiga paper menanti, direct plak minggu ni..jangan emosi sangat..just fokus je paper yang akan datang..malam ni siapa nak ikut aku solat hajat..kali ni zaihan jadi imam..kita doa supaya ALLAH lembutkan hati prof hali untuk marking paper kita dengan kasih sayang.."cadangan aku yang agak sengal di situ..


"apesal plak aku yang jadi imam?" sahut zaihan dengan penuh persoalan


"kalau fit jadi imam, sure tak khusyuk solat hajat aku.." ana menyampuk menjawab ketidakpastian zaihan..terserlah ana membongkarkan kesyaitonan aku..


usik mengusik dah menjadi kebiasaan kami lagi-lagi bila semua dah berkumpul..tiada satu pun yang melekat dihati..mamang muka ni dah biasa kene menganjing dan dibahan sebegini rupa...kadang-kadang perangai aku yang nakal ala-ala cerita lagenda budak setan tu akan di lobi-lobikan dalam face book..

"minum? nak makan ape?" sapa seorang pekerja mamak yang bertubuh ala-ala posh bag kedepan dan berkumis nipis mematikan seisi usik mengusik kami.

"makanan ape yang ade petang2 ni? soalan kebiasaan aku bila menempah makanan.

"semua ade, nasi goreng ayam ade, nasi goreng cina ade, nasi goreng USA ade, roti canai ade....bla bla bla..." jawab macha kat kedai makan itu dengan lancar tanpa tengok skrip..

"bagi saya MILO AIS n ROTI TELUR DUA" jawab aku ringkas
perghhhhhhhh..hebat gila mamak ni coz dia mampu ingat semua menu makanan tanpa tersasul satu pun.

hahahha padahal fail menu tu ade je depan mata aku..tapi sengaja je aku nk uji mamak ni sama ade IQ dia tinggi ke rendah..


*****************************

tak sampai 10 minit, seorang pelayan restoran datang dengan dulang yang penuh berisi makanan yang kami order sebentar tadi..kali ni pelayan yang menghantar  menu lebih kurus dan kulitnya hitam manis. dengan sopan dia meletakkan menu kami di atas meja..


terserlah muka kawan aku sorang-sorang macam buaya kelaparan..mengambil menu pesanan masing-masing dengan muka orang yg tak pernah makan sebulan..sedang aku membelek-belek roti telur yang aku pesan tadi..

"tak silap aku tadi aku pesan dua roti telur, kenapa dia masak satu je roti telur untuk aku..ni tak boleh jadi..aku memang lapar ni mana cukup satu roti je" aku mengomel keseorangan


lantas aku pun memanggil pelayan restoran tadi dan memberitahu satu lagi roti telur yg aku pesan tak dihantar lagi..

pelayan restoran tadi meminta maaf dan pergi keruang dapur untuk memastikan pesanan aku tadi dengan tukang masak mereka.


sementara menuggu pesanan aku sampai, masing-masing sudah melayan perasaan masing-masing..
muka mereka nampak puas menelan nasi goreng ayam dan nasi tom yam diselang selikan dengan menyedut minuman yang dipesan, slurppppp.. hilang kehausan bila dapat menyedut milo ais yang aku pesan tadi...memang ade ummmm..

semua makanan sudah licin dihabiskan, muka sorang2 terpancar kebahagiaan..di atas meja putih itu yang tinggal hanyalah sisa-sisa tulang, kuah kari dan kuah dal yang berbaki..roti telur yang satu itu pun sudah aku telan..milo ais segelas pun sudah habis aku sedut..
tapi batang hidung macha ni tak juga muncul2 ..
aishhhhhh dah 15 minit dah aku tunggu still takde result..muka aku kelihatan resah mengalahkan orang menunggu result spm plak.



dengan muka geram aku pun memanggil macha yang ambil order makanan tadi..aku nk kepastian sama ade dia nak berniaga ke tak nak..dah lama dah aku tunggu..
takkan lah hidangan banyak-banyak tadi dia boleh siapkan tak sampai 10 minit, aku nyer roti telur yang sekeping ini mengambil masa lebih dari 15 minit..huhuhuhu ape kejadahnyer semua ini..damnnn..

**************************

selang 5 minit, mamak tukang amik order, owner kedai, n tukang masak datang menghampiri meja kami dengan muka macam muka ahli kongsi gelap macam nak cari gaduh..hehehe muka mereka memang gelap-gelap sebenarnyer..tapi manis2 belaka

"ya incik ade ape masalah ini?" tanya tokey kedai untuk dapatkan kepastian tentang perkara yang berlaku..


aku pun menerangkan dengan panjang lebar pada tokey kedai tu..n aku tanyakan mana lagi satu roti telur yang aku pesan tadi kepada pelayan yg mengambil order kami.


sambil memberikan kertas pesanan menu yang kami pesan..pelayan tadi berkata"ini pesanan incik kan roti telur dua kan"


"yea ni buktinya roti telur dua, kenapa u bagi i satu je roti telur"jawab aku geram

pelayan tadi pun membebel dengan tukang masak dalam bahasa bangladesh mungkin pasal perkara yang menjadi teka teki selama 45 minit aku berada disana..

owner kedai mampu melihat, sambil dalam hatinyer seperti terlintas "ade dua ekor malaunnn ni kene potong gaji atau dua-dua sekali aku berhentikan kerja"

memandangkan tukang masak tidak pandai berbahasa melayu, pelayan restoran itu menerangkan perkara yang sebenar kepada aku


"tadi kamu pesan ROTI TELUR DUA, dia sudah buat roti tulur dan dia letak dua biji tulur dalam itu roti" jelas pelayan restoran itu pada aku..


semua member-member aku bantai gelak termasuk orang-orang disekeliling kami

dalam hati aku "huarghhhhhhhh..what the hell!!!"

tanpa banyak bunyi aku pinjam duit kawan aku, dan terus membayar makanan aku coz dalam dompet lusuh aku hanya tinggal 50 sen je..dan aku berlalu dengan penuh lawak yang sungguh mengeciwakan..

P/S: lain kali cakap biar terang..roti telur dua keping bukan roti telur dua..tatabahasa bangla lebih advance..mood benganggg..



************************************

esoknyer aku datang lagi dikedai yang sama.. pesanan yang sama aku lakukan sekali lagi..akhirnyaaa.. aku dapat juga makan roti telur dua keping dengan milo ais

milo ais panghilang dahaga

roti telur dua keping







2 ulasan:

Bee Shawal said...

hi

aimi.hussein said...

hahaha! ayam dtg bulan ye? siap la ko.. akan ku lobi2 kan hal ni kt fesbuk.. hahhaha!

I Believe What I See

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Hak milik sepenuhnya Norfitri Abdullah Sani/Rawang Selangor