Followers

CHILL YOUR LIFE :)

 
halooooooooo... kepada readers n bloggers yang sudi singgah ke teratak blogku ni..silalah masuk buat cam rumah sendiri..terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi..saya doakan semua ceria dan sihat selalu..kalau yang sedih2 tu hapuskanlah air matamu..teruskan kehidupan dan buka minda, banyakkan berdoa kepada ALLAH yang maha esa supaya dapat menenangkan jiwa-jiwa yang dalam keresahan dan kemurungan..sesungguhnya ALLAH menguji dan menduga kita dengan masalah dan sesungguhnya DIA jualah tempat kita memohon hidayah dan petunjuk jalan penyelesaian disetiap jalan buntu yang kita hadapi. 
 
Entry hari ni aku nak kongsikan motivasi hidup aku bila saat aku dalam kesedihan...kata orang sharing is caring kan..ni aku hadiahkan kan buat korang semua..hadiah ni tak seberapa lah tapi besar nilainye..hope sudilah menerima yea..
 
"ENJOY LIFE NOW THIS IS NOT A REHEARSAL"
 
Kenapa KITA perlu enjoy dengan kehidupan kita?..adakah KITA pernah tanya dlm hidup kita, disaat kita dilanda kesedihan..kenapa harus aku membuang masa dengan melayan kesedihan yang amat sangat sehinggakan aku lupakan tanggungjawab ku pada kehidupan aku? daripada aku bersedih kenapa tidak aku enjoy dengan kehidupan aku? persoalan2 tu lah yang selalu bermain difikiran ku tatkala aku dlm kesedihan..kehidupan ni kawan-kawan.. hanya sekali je..bila kau dan aku lalui kehidupan hari ini dan pada saat ini..ianya takkan pernah sama dengan kehidupan hari esok pada waktu dan jam ketika ini..just imagine dulu zaman mak ayah kita dengan 50 sen je boleh beli nasi lemak dan sebungkus air sirap..but now, cubelah KITA dapatkan sebungkus nasi lemak dan sebungkus air sirap dengan harga 50 sen..kau rasa dapat ke??..sorry lah kawan..sekarang ni nk g toilet pun kene bayar 30 sen tau..kalau nk beli pembungkus nasi lemak pun korang takkan dapat dengan harga 50 sen kurang-kurang surat khabar sekarang harganyer 80 sen..begitulah analoginya..sekiranya aku dan engkau dalam kesedihan dan melayan perasaan kesedihan itu sehingga berhari-hari lamanya..kau dan aku sebenarnyer telah membuang harga sebuah kehidupan..apa lah yang KITA dapat dengan menghurung kepiluan tanpa sebarang motivasi hidup..kesannya..muka KITA nampak tua..badan semakin kurus..emosi terganggu..sampai satu tahap fikiran kita menjerumus kepada perkara negative seperti hisap dadah, buat kerja2 yang tak senonoh dan akhir sekali bunuh diri..
 
masalah-masalah kemurungan ni bukan KITA je yang hadapi malah orang yang kaya raya, artist dan selebriti..jutawan..dermawan..termasuklah orang yang berpelajaran tinggi sekalipun..nape tak percaya ke? tak percaya.. korang tanya lah pakcik google tentang artikle orang bunuh diri..yang peliknyer orang yang educated belajar di university bertingkat-tingkat pun cari jalan penyelsaian dengan menamatkan hidup dengan kebodohan yang bertingkat-tingkat..hehehhe...huhuhu senang je kan cari jalan penyelesaian dengan menamatkan riwayat hidup..ape KITA ingat semuanya langsai sebegitu sahaja ke..tidak kawan..ishh ishh tidak sama sekali..dalam alam barzakh pula belum abis lagi ceritanyer..bunuh diri adalah dosa besar yang dimurkai ALLAH..seksanya nauudzubillahiminzalik..
 
so mulai dari sekarang kenapa tidak KITA semua nikmati hidup ini dengan sebaik-sebaiknya..lakukan amanah kehidupan yang diberi dengan ikhlas dan keseronokan..kenapa tidak kita mencari jalan untuk KITA enjoy dengan kehidupan KITA..bukan tak boleh bersedih dan menangis..menangis itu bukan menandakan kita ni seorang yang lemah..kalau macam tu dah lama dah kita akan mati sebab masa baby dulu bergelen-gelen air mata KITA abis merengek-rengek nak susu..(uweeekkk uwekkkk..sound effect baby menangis) hahhaha..sekarang aku membesar je dan hidup seperti biasa..
boleh untuk KITA sedih..dan boleh untuk KITA menitiskan air mata penyesalan..tapi tidak perlulah terbawa-bawa dengan perasaan dan emosi negatif sehingga sanggup membunuh kehidupan kita..hakikatnya semua ade cara tersendiri untuk enjoy dalam kehidupan mereka..tapi ingat ade dua kemungkinan keseronokan dalam kehidupan ini..pertama seronok dan enjoy melakukan kejahatan dan mengundang kemurkaan ALLAH..dan kedua enjoy dan ikhlas dengan melakukan kebaikan dan mengundang rahmat ALLAH . jadi KITA lakukanlah ape sahaja aktiviti yang mampu menenangkan fikiran dan mampu mengembalikan semangat kita untuk meneruskan kehidupan KITA janji tidak melanggar perintah dan suruhan ALLAH, nescaya kita akan sentiasa dalam lindungan rahmat ALLAH..
 
tips untuk aku dan kau untuk enjoy dengan kehidupan ini sebenarnyer adelah mudah..pertama DELETE perkara2 negative yang boleh membunuh jiwa KITA..dan kedua INSTALL perkara-perkara yang positive yang boleh menyuburkan jiwa KITA..jangan campur adukkan ramuan ini kalau anda dalam perasaan negative eloklah buang kan perkara-perkara buruk tu terlebih dahulu..dan baru install perkara yang jernih supaya jiwa anda tidak tercemar..selamat beramal..may ALLAH bless u..amin..
 
p/s: mohon jasa baik anda memberi komen untuk saya membaiki kelemahan saya..TQ ^ _^
 

3 ulasan:

Nora & Adhwa said...

Salam perkenalan.. Nice Blog..!!

Sudah Follow anda, kami ada menjual tudung &
shawl yang cantik dan menarik, mari melawat
blog kami: http://vanillawardrobe88.blogspot.com/

Happy Shopping..!! :)

Dari Mata Pena Seorang Insan Biasa said...

thanks a lot..ok nanti saya tgok2 tudung awak yea..heheh untuk adik2 saya..:)

aimi.hussein said...

slm.. hello saudara.. sye tertarik dgn entry blog saudara bulan feb yg ni.. trse mcm pedas dimulut.. mgkin sbb mse bulan 2 ni sye byk mkn nandos kowt tu psl rse pedas.. wlupun entry ni utk diri saudara dan yg sewaktu dgn nye, tp rse rugi x bce awal2.. dah msuk tahun lain bru bce.. saudara pandai berkate2.. lau ade kelemahan tu mmg biase..teruskan mencube..

I Believe What I See

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Hak milik sepenuhnya Norfitri Abdullah Sani/Rawang Selangor