Followers

merindui itu satu anugerah..

salam rindu dari hamba ALLAH yang kerdil ini buat bloggers dan pembaca..semoga anda sihat2 dan ceria2 belaka..:) ALHAMDULLILLAH hari ni aku diberi peluang lagi untuk menulis bingkisan buat teman2 diluar sana..syukur juga aku panjatkan kepada ALLAH yang maha esa kerana hari ini aku dianugerahkan sebuah perasaan rindu yang sukar diungkapkan iaitu perasaan rindu pada kekasih ALLAH..
sedar tak sedar lagi beberapa hari aku akan menyambut hari jadi kekasihku..hari keputeraan idola hati ku..rindu sangat hatiku ini kepada beliau..teringin sangat diri ini bertemu beliau di masyar kelak..walaupun aku sedar siapalah aku sebagai hamba tuhan yang banyak bergelumang dengan dosa ini untuk mendapat pelukan dan ciuman kekasih ALLAH itu..tapi selagi aku hidup aku takkan jemu berdoa agar suatu saat nanti diakhirat kelak nabi tidak berpaling muka pada ku..malah mengakui diriku ini adalah umatnyer..
 
disaat aku menulis entry ini..bergetar rasa hatiku..sebak rasanyer memikirkan dosa silam ku yang jauh dan sering kali melanggar sunnah nabi dalam rutin kehidupan ku..namun selagi jantung ini berdenyut aku  takkan jemu untuk berdoa supaya ALLAH memberi hidayah kepada ku dan seluruh umat Muhammad SAW..bila teringat kisah nabi disaat manghadapi sakaratul maut..tiada ape yang nabi risau kan kecuali dengan merintih dalam kesakitan menyebut "ummati..ummati..ummati..".ya ALLAH sungguh murni hati Nabi..saat nyawa ingin beliau di tarik malaikat maut pun, Nabi masih menunjukkan kasih sayangnya pada kita..sedangkan aku pada hari ini semakin jauh menyimpang dari landasan kehidupan Rasulullah...astaghfirullahalazim..
"Ya ALLAH sesungguhnya aku banyak melakukan maksiat..ampunilah hambamu ini dan tunjukkan lah aku cahaya hidayah buat hambamu yang jahil ini" amin..
 
mengakhiri bicara entry kali ini..aku mengajak kalian semua sama-sama menghayati kisah mimpi ustaz Haron Din bertemu Rasulullah SAW..
 


p/s :buat teman-teman di luar sana..marilah bersama-sama kita meraikan hari yang penuh bermakna ini dengan zikir dan solawat buat junjungan Nabi Muhammad SAW..semoga kita tergolong di antara orang-orang yang mendapat syafaat di akhirat kelak..selamat menyambut Maulidurrasul semoga saya dan anda mendapat hidayah dunia dan akhirat :)



 
 
 

0 ulasan:

I Believe What I See

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Hak milik sepenuhnya Norfitri Abdullah Sani/Rawang Selangor