Followers

cucu opah "terlampau" buat program 3rd IASS

 
Berbaloi-baloi..opah belah mak aku cakap.."perkara baik yang KITA usahakan walau sekecil manapun biarlah ikhlas..opah pasti bila kita buat kerja dengan ikhlas diakhirnya nanti KITA akan bertemu ape maknanya KEPUASAN..ni opah yang cakap..aku just copy paste ayat opah aku..opah tu nenek lah ngeng bukan oppa dalam bahasa korea tu..dalam bahasa korea oppa tu abang..tapi biasalah orang perok panggil lah opah untuk nenek..hehehe membebel plak aku cam opah aku..
 
dup dap dup dap..menanti 10 hari lagi..adeihhhh PITAMMM..agaknyer macam ni lah rupenyer orang yang planning nak buat majlis kawen..kad jemputan lah, dekorasi pentas lah,senarai tetamu yang hadir, catering..huhu semua tu kene amik kira gak.. ape aku merepek ni..
 
aku nerves ni bukan sebab aku nak kawen, dan bukan sebab orang nak meminang aku, cume nk kongsikan debaran kian terasa buat aku yang akan handle 5 program utama untuk program 3rd International Agriculture Students Symposium..bermula dari welcoming party, opening ceremony, cultural performance night, closing ceremony, and farewell party..

dan hari ini bertapa seronoknya team kami apabila program ini sudah mula mendapat liputan media..thanks kepada pihak media Kosmo dan Utusan Malaysia kerana menyiarkan artikel tentang program ini kepada masyarakat diluar sana..
 

artikel surat khabar dari Utusan Malaysia..terima kasih..
 

 
artikel surat khabar Kosmo
 
 
betul lah ape opah aku cakap..kalau kita buat baik.. rezeki ntah dari mana-mana akan datang janji kita ikhlas..alhamdulillah dana sponsorship bertambah2 dari semasa ke semasa pihak media pula semakin hari semakin update dengan program kami..terima kasih lah semua..sekalung penghargaan buat teman-teman pembaca yang selalu mendoakan kejayaan kami..terima kasih juga buat pihak2 media yang sudi membuat liputan media tentang program ini..terima kasih buat sponsorship yang menabung di tabung kami..terima kasih semua:)
 
TERIMA KASIH OPAH ^_^
 
 
 

4 ulasan:

azlizaasri said...

all da best awak :)

Dari Mata Pena Seorang Insan Biasa said...

thanks azlizaasri :) doakan saya ye..

Bee Shaz wals said...

all the best yea fit..shaz yakin fit mampu lakukan...

Dr Mohd Hafiz Osman said...

Terima kasih singgah blog saya ... Salam perkenalan.. saya setuju dengan kata-kata Opah iaitu buatlah kerja dengan Ikhlas...

I Believe What I See

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright@Hak milik sepenuhnya Norfitri Abdullah Sani/Rawang Selangor